Viral - Karipap Inti Bawang Sebijik Paling Popular Ramadan 2017



Setiap kali bulan Ramadan pasti akan ada kisah menarik yang dikongsi pengunjung bazar tentang makanan pelik yang dijual di bazar Ramadan.

Kali ini kecoh apabila seorang pemuda berkongsi gambar karipap yang dibeli di bazar Ramadan tetapi hanya berintikan sebiji bawang kecil.

Pemuda tersebut bagaimanapun tidak menyatakan lokasi karipap itu dijual.

Perkongsian tentang karipap bawang itu telah mendapat perhatian ramai dan dikongsi sebanyak lebih daripada 16 ribu pengguna Twitter.



Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir peniaga yang tidak jujur dan peka terhadap kualiti makanan yang dijual.

Malah ada juga yang berpendapat bahawa karipap bawang ini lebih teruk daripada karipap ‘angin’ yang pernah tular suatu masa dahulu.

Selain itu, ada juga pengguna laman sosial yang menyindir peniaga tersebut kerana telalu ‘bermurah hati’ dengan memberi sebiji bawang kepada pembelinya.





0 Komentar untuk " Viral - Karipap Inti Bawang Sebijik Paling Popular Ramadan 2017"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info