Tolong Kutip Sampah Semasa Penerbangan, Tony Fernandes Bos Terbaik




Semalam, video Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes membantu anak kapal melakukan rutin pembersihan ketika penerbangan, tular di laman sosial.

Video tersebut berdurasi 16 saat itu dimuatnaik Ketua Perkhidmatan Komunikasi Korporat Indonesia, Audrey Brogastama Petriny di laman Instagram (IG)nya.

Rakaman tersebut kemudian dimuatnaik semula oleh Tony di akaun IGnya dan telah dilihat lebih 280 ribu kali dengan 562 komen.

Kaspyen yang ditulis Tony juga turut mencuit hati pengikutnya di IG:

“Hahaha @audreypetriny curi-curi rakam saya. Sempena sambutan hari anak kapal sedunia (International Flight Attendant Day – 31 Mei) dan penerbangan penuh, saya membuat keputusan untuk membantu. Terima kasih kepada semua krew di atas kerja keras mereka.”

Beberapa penumpang penerbangan dilihat turut merakam aksi selamba Tony.

Pengikut IG Tony rata-ratanya memuji sikap rendah diri yang sentiasa ditonjolkan oleh beliau dan berpendapat pangkat bukan halangan untuk bercampur dengan pekerja bawahan.

Mereka juga turut mengggelarkan ‘Big Bos’ Air Asia itu sebagai Bos terbaik di dunia!.


0 Komentar untuk " Tolong Kutip Sampah Semasa Penerbangan, Tony Fernandes Bos Terbaik"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info