Tangisan Dan Pelukan Anak-Anak Datuk Fazley Sentuh Hati Netizen



Kira-kira jam 10 malam semalam, penyanyi dan pelakon Dato' Fazley Yaakob telah memuat naik sebuah video tiga orang anak-anaknya berpelukan dan menangis teresak-esak.

Perkongsian Fazley telah mendapat perhatian netizen yang geli hati melihat gelagat comel anak-anak kepada pemilik restoran SukaSucre Bistro itu.

Comel sungguh apabila ketiga-tiga beradik itu menangis hanya kerana terdengar abang mereka yang sulung Ahmad Fariedz Shah atau Payish akan menjalani "pembedahan".


A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on Jun 1, 2017 at 10:28pm PDT

Lebih menggelikan hati apabila Fazley memuatnaik sebuah lagi video anak bongsunya, Piyush, berdoa sambil menangis kerana Payish akan mencabut gigi.


A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on Jun 2, 2017 at 1:02am PDT

Sementara itu pada ruangan komen, pengikut Fazley memuji hubungan akrab Payish, 9, Piyash, 7, dan Piyush, 6.

Ada juga di antara mereka yang terharu dengan gelagat ketiga-tiga beradik tersebut selain memuji cara Fazley memupuk kasih sayang kepada anak-anaknya.




Kredit : IG @fazleyyaakob


0 Komentar untuk " Tangisan Dan Pelukan Anak-Anak Datuk Fazley Sentuh Hati Netizen"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info