Sherry Ibrahim Rindu Masakan Arwah Wan Setiap Kali Ramadan


Pelakon Sherry Ibrahim akui rindu masakan arwah neneknya setiap kali menjelang Ramadan.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 34, berkata neneknya akan masak laksa utara setiap kali dia pulang bersama keluarga berbuka puasa.

"Masa arwah ada, kami sekeluarga akan pulang berpuasa di kampung arwah Wan (nenek) dan datuk saya di Alor Setar.

"Saya paling rindu masakan arwah, kerana setiap kali kami pulang dia akan masak laksa utara yang rasanya sangat sedap dan menjadi kegemaran.

"Sekarang bila arwah Wan dan datuk sudah tiada, saya amat terasa dengan kehilangannya kerana kami sudah tidak lagi pulang ke kampung.

"Jadi hari ini, alang-alang sudah berada di bazaar Ramadan bersama Sajian Hati Digi di Alor Setar saya mahu cari laksa utara supaya sedikit sebanyak dapat mengimbau kembali masakan arwah Wan saya," katanya.

Sherry ditemui ketika Jelajah Sajian Hati Digi di bazaar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar, pada Jumaat.

Jelajah Sajian Hati Digi akan memaparkan selebriti jemputan ke lapan bazaar Ramadan terpilih untuk mencari juadah terbaik untuk yang tersayang.

Lebih menarik lagi, program yang dihoskan oleh Ray Era ini bakal disiarkan secara langsung di Facebook dan selebriti jemputan bakal mendedahkan tentang insan yang paling mereka sayang.

Jelajah Sajian Hati Digi seterusnya akan diadakan di bazaar Ramadan Kampung Baru, pada 5 Jun ini bersama pelakon Siti Saleha.



0 Komentar untuk " Sherry Ibrahim Rindu Masakan Arwah Wan Setiap Kali Ramadan"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info