Saya Bangga Dan Tak Menyesal Tampar David Teo


Mengakui sudah berfikir panjang sebelum menampar, Datuk David Teo, Sulaiman Yassin atau Mat Over dalam masa yang sama turut menyifatkan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah cara untuk mengajar penerbit tersebut lebih beradab.




“SAYA tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini”

“Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati,” katanya.

Bagaimanapun, Mat Over dan juga David Teo akhirnya bersalaman dan berdamai di akhir sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu, David Teo menyatakan bahawa dia sudah pun memaafkan Mat Over dan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang. 



Hangat diperkatakan di laman sosial ketika ini mengenai David Teo yang ditampar oleh pelakon Sulaiman Yassin atau pun lebih dikenali sebagai Mat Over ketika sesi bersama selebriti dalam majlis Transformasi Nasional.


Sementara itu menurut laporan Malay Mail Online, kejadian tersebut bermula apabila David Teo bertindak merampas pembesar suara daripada Rosyam Nor. Tindakan David Teo itu adalah untuk menyuarakan pendapatnya supaya selebriti yang berada di barisan belakang turut diberi peluang untuk bercakap.


David dan juga Mat Over kemudiannya dibawa keluar oleh pengawal keselamatan setelah keadaan menjadi semakin tegang. Kami kongsikan bersama anda video pendek yang sempat dirakam di tempat kejadian. 





0 Komentar untuk "Saya Bangga Dan Tak Menyesal Tampar David Teo"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info