Penyanyi Lindsay Lohan Hadiri Majlis Buka Puasa Maher Zain



Penyanyi dan pelakon Lindsay Lohan dilihat hadir ke majlis berbuka puasa anjuran penyanyi terkenal, Maher Zain di London, semalam.

Majlis yang diadakan sempena projek One Family Global itu bertemakan Iftar at The Savoy.

Menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram (IG) rasmi @onefamilyglobal, Lindsay Lohan dilihat bukan hanya hadir sebagai tetamu malah dia turut berucap di hadapan tetamu lain mengenai isu perdagangan manusia.



Sementara itu Maher Zain turut re-tweet dan re-post status dan foto di Twiiter dan IG tetamu yang menghadiri majlis tersebut yang mana rata-ratanya menampilkan foto-foto Lindsay Lohan di acara tersebut.

Bagaimanapun penyanyi popular yang bersal dai Lebonon itu tidak memberi sebarang komen mengenai kehadiran bintang Hollywood itu.



0 Komentar untuk " Penyanyi Lindsay Lohan Hadiri Majlis Buka Puasa Maher Zain"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info