Peniaga Bazar Ramadan Kuantan Dihalau Sebab Berpakaian Seksi


Seorang peniaga bazar Ramadan telah dihalau oleh pihak berkuasa kerana berpakaian tidak sopan di khalayak ramai.

Kejadian berlaku di Kuantan baru-baru ini apabila pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah meminta seorang gadis yang berpakaian seksi untuk pulang ke rumah dan menukar pakaiannya.

Gadis yang berusia 20 tahun itu kemudian akur dengan perintah pihak berkuasa dan menukar pakaian.

Menurut sumber, kesemua peniaga bazar Ramadan di Kuantan, Pahang dimestikan untuk berpakaian sopan dan menutup aurat sekiranya ingin berniaga di bazar tersebut.

Jika gagal berbuat demikian, peniaga tersebut tidak akan diberikan lesen perniagaan dan diminta pulang.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian berkata, mereka memandang serius terhadap perkara ini.


Sebagai langkah berjaga, MPK telah menempatkan beberapa orang penguatkuasa untuk memastikan peniaga mematuhi peraturan sepanjang masa.



0 Komentar untuk " Peniaga Bazar Ramadan Kuantan Dihalau Sebab Berpakaian Seksi"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info