Pembuli Zulfarhan Disiasat - Hukuman Gantung Sampai Mati Jika Salah




Kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan jika disabit kesalahan, boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

Zulfarhan yang juga pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan meninggal dunia akibat didera rakan dengan seterika wap pada Khamis lalu. 

Untuk membantu siasatan, pihak polis telah menahan reman 36 suspek yang terdiri daripada 32 penuntut UPNM dan empat lagi daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Mahkamah Majistret Sepang juga telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari kepada suspek setelah penuntut Fakulti Kejuruteraan Elektrik itu meninggal dunia pada jam 10 malam Khamis. 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, beberapa rakan mangsa telah menghantarnya ke hospital untuk rawatan kerana mengalami kecederaan melecur dan lebam.

“Tangkapan telah dijalankan ke atas 36 orang mahasiswa yang berusia 20 dan 21 tahun.

“Mereka terdiri daripada 32 penuntut UPNM dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten),” jelasnya.


0 Komentar untuk " Pembuli Zulfarhan Disiasat - Hukuman Gantung Sampai Mati Jika Salah"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info