Pelakon Syafie Naswip - Memasak Sebagai Terapi Stress





Pelakon Syafie Naswip akui suka memasak dan menjadikan perkara itu sebagai satu hobi.

Kata Syafie, dia mula memasak sejak berumur 14 tahun dan juadah pertamanya adalah rendang ayam.

Sebenarnya sejak kecil saya dipaksa ibu untuk memasak, itu yang membuatkan saya dah terbiasa untuk ke dapur. Sekarang nak kata hebat memasak tu tidaklah, tapi kira bolehlah untuk menjamu tetamu yang hadir beraya nanti. Bagi saya setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan ‘stress’ dan cara saya adalah dengan memasak. Memasak bagaikan satu terapi untuk saya dan rasa puas hati bila berjaya memasak juadah dengan air tangan sendiri. Saya pula jenis yang suka makan, jadi bolehlah saya cuba memasak pelbagai jenis makanan dengan cara yang sihat.

Dalam perkembangan lain, Syafie telah mengurangkan aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan untuk mengikuti bengkel lakonan.


0 Komentar untuk "Pelakon Syafie Naswip - Memasak Sebagai Terapi Stress"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info