"Pecah Tabung Anak Yatim, Dompet Tercicir. Tunggulah Polis Jemput Kau!"



Seorang pengguna laman sosial Facebook (FB) telah berkongsi mengenai seorang pemuda didakwa pencuri yang tercicir kad pengenalannya selepas memecah sebuah tabung anak yatim.

Pemuda tersebut dipercayai memecahkan tabung tersebut yang diletakkan di dalam sebuah surau di Ujung Pasir, Kampung Baru.

Bagaimanapun pengguna laman sosial yang dikenali sebagai Ayob Abd Majid itu memberitahu pemuda tersebut gagal ditangkap.

Ayob berkata, malang nasib si pencuri kerana kad pengenalannya tercicir semasa dia dikejar kariah surau tersebut.

Menerusi entri yang dimuatnaik petang semalam, Ayob menulis:

"Pecah tabung anak yatim surau kami lari. Kami kejar tertinggal dompet. Takpa tunggu polis jemput kau kat dunia ni. Kat sana jawab dengan Allah."

Tulis Ayob, tujuannya memuatnaik foto kad pengenalan 'pemecah tabung' bukan bertujuan untuk mengaibkan, tetapi berpendapat perkara tersebut perlu dipaparkan di media sebagai pengajaran.



Pada ruangan komen, Ayob memaklumkan kad pengenalan pemuda yang berasal dari Kampung Mahligai, Melor, Kelantan itu telah diserahkan ke Balai Polis.

Perkongsian Ayob mengenai kejadian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada rakan-rakan FBnya termasuk yang berpendapat pemuda itu memecahkan tabung anak yatim kerana kesempitan hidup.




Sumber : FB Ayob Abd Majid


0 Komentar untuk " "Pecah Tabung Anak Yatim, Dompet Tercicir. Tunggulah Polis Jemput Kau!""

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info