Panduan Kerja di Singapura. Pencari Kerja Sila Baca

“Engko cari kerja sahaja di Singapura.”

Yelah.

Dah ko takde diploma. Degree pun tak ada.

PHD doktor tipu pun tak ada.

Jadi, celah mana ko nak cekau gaji “atleast” 3 ribu ke 5 ribu dalam masa yang terdekat?

Ko carilah kat Malaysia ni.

Tak ada.

Melainkan, ko buat bisnes.

Kalau bisnes cantek, ko bukan takat sahaja leh dapat 5 ribu. Malah, lebih dari itu pun ko boleh dapat. Silap hari bulan, boleh kena viral kat facebook dan surat khabar.

So, berminat?



Apa yang ko kena tahu?
Panduan bekerja di Singapura

Simple.

1. Kena ada kesungguhan nak bekerja. 

Sebab ko ada dua pilihan. Ko nak duduk sana atau berulang dari Johor. Memandangkan ko duduk Johor, area Pasir Gudang. Jadi, aku tak rasa ko sukar untuk ulang-alik walaupun terpaksa bangun pagi meredah trafik pagi ke Singapura.

Kalau tak ada kesungguhan dan disiplin bangun seawal tiga empat pagi atau subuh pun pukul 8 pagi, jadi aku rasa mungkin kerja ni tak sesuai untuk orang macam nih.

Jem selalu hari-hari beb

2. Kena tahu Bahasa Inggeris.

Kalau ko tak tahu, belajar ambil tahu. Sekurangnya, dalam perbualan. Ko boleh bercakap dengan baik, in-shaa Allah ko boleh kerja kat Singapura.

3. Gaji di Singapura lebih mahal.

Ya. Paling kurang bayaran gaji kat Singapura adalah SG1000. Dalam duit kita, dalam RM2900++ bergantung pada kekuatan atau kejatuhan nilai ringgit kita. Nilai ringgit kita jatuh, mungkin gaji ko kat Singapura nanti cecah RM3 ribu lebih.

Tak mustahil.

Kerja 10 bulan, ko leh dapat RM30 ribu lebih. Itupun kalau ko tak kacau sesen langsung.

4. Nak kerja apa di Singapura?

Ini ko kena cari sendiri. Cuba datang ke Singapura, dan buat survey sendiri. Kalau ko ada kawan yang boleh dipercayai kat Singapura, suruh depa beritahu lubang kerja mana yang sesuai untuk orang Malaysia kerja. Biasa, ramai yang kerja “cleaner” kat sana. Ya, nampak macam kerja remeh. Tapi kerja remeh ni la yang bayarannya mahal.

Ko penah jumpa orang kerja cleaner mahal kat Malaysia?

Tak ada.

Kalau ada, belum tentu orang kita nak kerja. Sebab kerja ni dikatakan tak standard. Memalukan. Kerja kotor. Sebab tu, ramai cleaner kat negara kita, majoritinya kita import dari luaq. Bangladesh, Nepal, Pakistan, India, Myanmar dan sebagainya. Orang dari negara inilah yang bantu kita agar tandas kita jadi lebih bersih dan berkilat.


So, mental ko kena kuat. Iman ko kena kuat. Kalau tidak, tak sampai tiga bulan, kompem ko berhenti kerja.

Dan dalam masa yang sama, mungkin ko boleh “apply” kerja yang kena dengan minat ko. Kalau ko ada degree atau diploma atau master dan PHD, mungkin ko boleh walk-in interview atau hantaq resume pada company disana. Belasah aje.

Biasanya, bila kita belasah pegi ni la yang dapat.

Sampai kekadang, kena masuk kerja keesokan harinya walaupun niat ko cuma nak survey aje hari tu. Tak pasal-pasal kena suruh mak bapak ko kirim baju dan spender guna pos laju.

5. LEVY atau permit kerja.

Ini kena ambil tahu.

Aku tahu ko masuk Singapura masa awal-awal dulu guna passport. So, bila dah dapat kerja, ini antara benda paling awal ko kena ambil tahu dan uruskan. Biasanya, ko punya bos yang kasi setel. Sebab biasanya LEVY ni, bos company tempat ko kerja yang akan uruskan. Tapi kalau tidak, ko kena urus sendiri apa-apa yang patut.

Senang kata, bab permit kerja ni, ada macam-macam jenis sebenarnya.


Ada EP (Employment Pass), ada PEP (Personalized Employment Pass), S Pass dan jenis WP (Work Permit). PEP lebih best dari EP. Tapi ini untuk jawatan tinggi, pegawai dan pekerjaan yang high class sikit. S Pass, kalau kerja yang ko dapat tu jenis teknikal dan kemahiran. WP, ini paling rendah dan cikai sekali. Ini yang ramai orang kita gunakan terutamanya sekali kalau korang kerja cleaner. Tapi WP ni cover untuk kerja kilang, kerja marin, kerja pemprosesan, kerja kat kapal dan juga bahagian servis.

So, ko kata nak kerja kat Singapura kan?

Baca benda ni sikit dan ambil tahu dengan serius.

Ini bab ringkas aje. Lebih-lebih, ko search sendiri kat internet atau ko pegi sendiri ke Singapura.

6. Tempat tinggal dan kenderaan.

Kalau dekat dengan rumah ko kat Johor. Macam aku kata tadi, ko berulang. Kalau ko nak duduk sana, ko kena ingat tentang kos. Kos hidup dan kos minyak kat sana, tak sama macam kat Pasir Gudang atau kat Kuala Lumpur. Tapi kalau ko dok Kedah, aku cadangkan ko menyewa kat Johor. Kat Seri Alam ke, Masai ke, Taman Rinting ke hape..ko nyewa kat sana.

Melainkan ko ada kawan atau keluarga terdekat untuk ko tumpang selama ko kerja kat sana. Kos dia takkan sama. Kos minyak aje dah boleh buat ko sakit kepala. Lum lagi perbelanjaan harian. Tu belum lagi dok pening kepala nak hisap rokok kat Singapura.

Itu sahaja.

Sebab abang ipar aku adalah orang Singapura, itu antara serba sedikit yang aku tahu. Dan abang ipar aku itupun, dia tak kerja kat Singapura dah. Dia dok merantau lama kat luaq negara, kerja kejap kat Singapura, then, bukak syarikat kat Kuala Lumpur. Kahwin dengan akak kepada bini aku, dia terus menetap kat Kuala Lumpur tu.

So, take it or leave it.

Kesimpulan.

Dari apa yang aku tahu. Korang ada DUA jenis kerja yang korang boleh buat kalau nak buat duit dengan cepat dalam tempoh setahun atau ko nak kumpul duit kahwin dalam masa yang singkat. 

Lepas tu, nak blah ke, nak teruskan ke terpulang. 

Satu, ko kerja kat Singapura. Dua, ko jadi pemandu uber atau grab.

Tapi tetap ambil masa setahun. Takde benda “easy way” dalam hal cari duit nih.

Selain dari itu, aku tak jumpa. Ko nak buat dropship ke affiliate, bisnes online ke hape, ko kena ada starting point, pengalaman dan modal yang cukup besar dan tempoh masa yang lama. Kalau tak, jangan mimpi nak dapat gaji atau income sekurang-kurangnya 3 ribu sebulan.

Sekali lagi aku cakap.. Jangan mimpi. Ko hidup dalam dunia realiti. Ko nak hidup dalam dunia fantasi, sila meninggal.

Then, you can continue your fantasy.

Meet the angel, meet hell, meet the worms, meet the dracula. Meet the ghost rider and whatsoever you like.


0 Komentar untuk "Panduan Kerja di Singapura. Pencari Kerja Sila Baca"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info