Mohon Korang Digantung Sampai Mati - Ibu Saudara Dedah Wajah Pembuli Zulfarhan




Ibu saudara arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain mendedahkan lima wajah penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh Pegawai Kadet Laut Universiti itu.

Wanita yang dipercayai ibu saudaranya itu telah mendedahkan nama-nama dan wajah menerusi akaun Facebooknya.

Menerusi entri tersebut, wanita itu meluahkan kekecewaan terhadap sikap enam remaja tersebut dan berharap hukuman yang bakal dijatuhkan setimpal dengan insiden yang menimpa anak saudaranya.


"Tak payah nak cover sangat muka korang. Bila naik court tahu pula korang nak tutup muka bagai.

"Sebab apa? Baru nak fikir hati perasaan keluarga ke atas perbuatan korang. Masa korang buat anak saudara aku tu korang tak fikir pulak apa perasaan family kitorang semua kan.

"Especially mak dan ayah arwah Zulfarhan. BERANI BUAT... BERANI TANGGUNG.. Kau rembat anak saudara aku sampai hilang nyawa.

"Kami semua doakan korang dapat balasan setimpal. Kalau ikut hati kami satu keluarga akan buat macam mana korang buat arwah.

"TAPI kami masih ada iman walau sebesar zarah... So hanya pada Allah kami mohon agar korang digantung sampai mati!!!!," tulisnya.

Entri itu juga turut disertakan dengan hashtag #justice4along #AlFatihah #ZulfarhanOsman.















0 Komentar untuk "Mohon Korang Digantung Sampai Mati - Ibu Saudara Dedah Wajah Pembuli Zulfarhan"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info