Manfaat Makan Ulam-Ulaman Kepada Kesihatan Manusia



Siapa yang tidak kenal dengan ulam-ulaman? 

Sebut saja ulam-ulaman pasti akan terbayangkan keenakkan dan kesegarannya. Hidangan ulam-ulaman ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan menjadi kewajipan dalam setiap hidangan makan tengah hari mahupun malam. Boleh dikatakan ulam-ulaman ini seperti penambah selera semasa menjamu selera kerana jika tiada ulam-ulaman pasti akan teringat-ingat ketika makan dan jika ada pasti makan akan bertambah-tambah dek kerana penangan ulam-ulaman tersebut. 


Ulam sebenarnya merupakan sayuran atau tumbuhan yang merangkumi daripada pelbagai bahagian daripada sayuran tersebut seperti batang, bunga, buah, biji, umbut dan lain-lain lagi. Bahagian daun dan pucuk adalah bahagian tumbuhan yang selalu dipilih untuk dijadikan ulam dan bahagian tersebut menjadi kegemaran bagi peminat ulam-ulaman.

Ulam-ulaman biasanya dimakan mentah namun boleh juga dihidangkan dalam keadaan direbus, distim mahupun dicelur. Kita akan lebih kerap melihat orang ramai makan ulam dalam keeadaan mentah kerana terdapat lebih banyak khasiat, lebih segar dan rasa yang lebih enak. 

Ulam-ulaman juga boleh dimakan dengan mencecahnya terlebih dahulu dengan makanan tradisional orang Melayu seperti budu, sambal belacan, cencaluk, mayonis, dan pencecah lain sebelum disertakan dengan nasi dan lauk-pauk. Walaupun ulam-ulaman mempunyai khasiat namun terdapat juga orang yang tidak suka makan ulam-ulaman kerana pelbagai sebab yang tertentu seperti tidak biasa mengamalkannya, rasanya yang tidak serasi dengan lidahnya kerana bau busuk dan rasa pahit ulam dan lain-lain.


Sementara ada ulam kurang dikenali dan sukar diperoleh seperti beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus. Ulam sangat khasiat jika dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama kerana kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang ada dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba. Namun secara berasingan pula, setiap jenis ulam-ulaman mempunyai khasiat masing-masing yang membawa kebaikan kepada kesihatan manusia.

Sayuran kangkung amat berguna dalam proses rawatan penyakit kepala seperti pening kepala, membantu mengurangkan rasa sakit akibat sakit buasir dan juga boleh diamalkan jika ingin melebatkan raambut. manakala ulam jering boleh merawat penyakit kencing manis dan juga mempunyai banyak khasiat seperti protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C.

Khasiat pucuk ulam raja amat berguna untuk memperbaiki peredaran darah, mencuci bahan toksik dalam darah, mencuci darah, menguatkan tulang, melemahkan aktiviti sesetengah bakteriadan lain-lain. Ulam Pegaga mempunyai khasiat dan kebaikan kepada kesihatan manusia seperti menjadikan awet muda jika memakannya,menyerikan wajah, mengecutkan Peranakan, melancarkan peredaran darah, melancarkan suara, menambahkan kekuatan fizikal, Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka, Mengurangkan Berat Badan, meningkatkan kecergasan minda, menyembuhkan demam, merawat penyakit nyayuk, merawat pitam dan lain-lain.

Akhir sekali adalah tumbuhan petai yang amat berkhasiat. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Zat yang lain yang ada pada petai ialah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.



0 Komentar untuk "Manfaat Makan Ulam-Ulaman Kepada Kesihatan Manusia"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info