Lepas Ini Boarding Pass Bukan Lagi Kertas Tapi Wajah Kita Sendiri

Zaman dulu, kalau nak check in masuk pesawat mesti kena buat di kaunter


Nak tak nak, mesti kena pergi kaunter untuk dapatkan boarding pass. Kalau barisan terlalu panjang, terpaksa juga beratur semata-mata untuk dapatkan boarding pass. Ini cara lama.

Cara lebih baru, segalanya online atau atas talian. Beli tiket kapal terbang secara online, lepas tu terus boleh check in dan cetak boarding pass serta merta. Pergi airport tinggal nak naik kapal terbang je. Senang.

Lepas tu muncul pula sistem QR code menggunakan telefon bimbit. Scan saja QR code yang diberi semasa check in dan dapatkan boarding pass dengan segera di lapangan terbang. Makin lama teknologi makin hebat.


Pernah tertanya-tanya, lepas ni apa pulak? Ada tak cara lain yang lebih moden berbanding online atau QR code?



Yup!

jetBlue mengumumkan bahawa mereka akan membenarkan para penumpang untuk check in menggunakan sistem selfie tidak lama lagi.

Syarikat penerbangan itu telah bekerjasama dengan Perlindungan Sempadan dan Kastam AS (CBP) dan syarikat IT penerbangan, SITA, bagi melaksanakan teknologi pengecaman muka untuk mengesahkan identiti penumpang.

Teknologi ini adalah yang pertama di dunia dan diberi nama 'self-boarding'


"Sistem biometrik ini direka bagi mempercepat urusan dan ia juga mudah untuk digunakan. Apa yang kita mahu realisasikan ialah satu teknologi yang selamat dan lancar buat penumpang, "kata Jim Peters, ketua pegawai teknologi di SITA.

"Ini adalah integrasi biometric authorization pertama oleh CBP dengan syarikat penerbangan dan boleh menjadi satu penyelesaian yang cepat dan mudah untuk melancarkan operasi di seluruh lapangan terbang AS."

Selfie yang diambil bakal diimbas bersama gambar dan data di dalam passport. Sekiranya segala maklumat menemui padanan, penumpang boleh terus menaiki pesawat.


Tak perlu tunjuk boarding pass atau pasport. Wajah penumpang adalah boarding pass penumpang itu sendiri. Segalanya tanpa kertas dan tanpa peranti.

Lihat penerangan di bawah:





0 Komentar untuk "Lepas Ini Boarding Pass Bukan Lagi Kertas Tapi Wajah Kita Sendiri"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info