Gambar Dataran Masjid Bersepah Dengan Pembaziran Makanan
































Majlis yang mulanya dengan niat membuat amal jariah telah bertukar menjadi satu pembaziran yang amat dilarang dalam agama.
...

Artikel ini dinaikkan bukan untuk menyalahkan sesiapa, terutamanya mereka yang tampil memberikan bantuan ini, niat hati sungguh mulia, tetapi biar kena pada cadangan untuk memastika keberkesanannya.

Di ibu kota, bukan hanya gelandangan ini sahaja yang susah perlu dibantu, ramai lagi diluar sana perlu kita bantu, satu perkongsian yang baik dari saudara Muhammad Mohd Zin, beliau pada awalnya juga mengikuti program memberi makanan kepada gelandangan.

Tetapi kerana sudah terlalu banyak pihak yang membantu, beliau dan kumpulannya telah melakukan tindakan yang bijak, pergi ke pusat pengajian bagi bantuan makanan kepada penuntut untuk bersahur.

Ternyata tiada pembaziran yang terjadi, semua makanan habis, pelajar-pelajar yang menuntut ilmu ini sudah pasti ada dari kalangan yang susah.

Jom kita baca perkongsiannya.


Dinihari semalam, saya bersama beberapa orang sahabat sekuliah ke tempat-tempat tumpuan homeless di Kuala Lumpur untuk edarkan makanan kepada homeless.


Kami redah kesibukan kesesakan trafik dan orang ramai membeli baju raya di bulan ramadan. Agak memenatkan.


Terdapat beberapa kumpulan Feed Food For Homeless mengedarkan makanan, homeless banyak tolak kerana banyak sangat makanan mereka dapat. Kata mereka,


“Banyak sangat dapat makanan, nanti kami buang jugak, baik tak payah ambil dah “


Kami pulak ke hulu hilir sampai ke Bukit Bintang cari homeless. Pun begitu, ada jugak kumpulan yang telah edarkan makanan kepada homeless di situ. Sedangkan makanan program kami masih banyak. Jadi, agak menghampakan jugaklah.


Apabila terlalu banyak sangat kumpulan Feed Food For Homeless, ramai pulang dengan hampa.


Kami pulang ke KUIS, dan buat keputusan berikan saja makanan sumbangan itu kepada pelajar-pelajar KUIS untuk sahur.


Alhamdulillah, laku keras !


Natijahnya, program Feed Food For Homeless satu inisiatif yang baik. Tetapi, kalau homeless tak nak terima makanan sebab banyak kumpulan dah edar pun masalah.


Pada hujung minggu memang tumpuan banyak kumpulan Feed Food For Homeless bergerak terutama di bulan ramadan ini. Nak buat jugak program ini boleh, tetapi pastikan lebih awal dari kumpulan-kumpulan lain, barulah homeless tak tolak makanan.


Apa yang kami dapat ialah bila niat ikhlas buat benda baik, Allah akan mudahkan atasi kebuntuan bila plan tak jadi seperti dirancang.


Alhamdulillah, Allah ilhamkan kami beri makan kepada Pelajar KUIS sahur, dapat jugaklah pahala memberi orang makan.



0 Komentar untuk "Gambar Dataran Masjid Bersepah Dengan Pembaziran Makanan"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info