Dua Single Terbaru Fazura Kuasai Carta iTunes Malaysia



KEDUDUKAN dua single Fazura di carta iTunes Malaysia.

Dua single Fazura berjudul Bisa Apa dan Bangun menguasai dua tangga teratas carta iTunes Malaysia sebaik dilancarkan di platform digital itu, hari ini.

Fazura berkata, berita itu bukan sahaja menggembirakan malah menyentuh hatinya.

“Alhamdulillah, lagu Bisa Apa berjaya menduduki tempat pertama selepas sejam dilancarkan manakala Bangun pula melonjak ke tangga kedua dari kedudukan keempat sebelum ini,” katanya.

Bintang Hero Seorang Cinderella itu menitiskan air mata sebaik mendapat tahu kejayaan dua single berkenaan.

“Air mata yang mengalir ini adalah tanda kegembiraan dan terima kasih diucapkan kepada semua peminat yang menyokong saya selama ini,” katanya.

Bisa Apa yang dirakamkan di Indonesia, Mac lalu dicipta Tantra Numata dan Mhala Numatra. Bangun yang liriknya menceritakan mengenai sikap positif pula adalah nukilan komposer tempatan, Ilyahida.


0 Komentar untuk " Dua Single Terbaru Fazura Kuasai Carta iTunes Malaysia"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info