Cara Supaya Blog Mudah Diterima Google Adsense. Tips Terbaru.



Semua blogger dan sesiapa yang mempunyai website pastinya sudah familiar dengan medium pengiklanan Google Adsense yang diterjui oleh syarikat gergasi Google. Adsense memberikan pendapatan yang lumayan kepada blogger terutamanya yang sudah mempunyai pengetahuan yang luas dalam dunia blogging ini. Pada asalnya Adsense hanya menerima website atau blog yang menggunakan bahasa inggeris sahaja. Namun begitu, Adsense telah menerima blog yang mengandungi bahasa melayu kerana menurutnya penggunaan bahasa melayu telah berkembang luas iaitu sebanyak 220 juta orang bertutur dalam bahasa ini. 

Jadi, kini anda sudah boleh mempunyai akaun Google Adsense untuk jana duit USD melalui blog ataupun apa-apa website. Pendapatannya sangat lumayan kerana gandaan USD kepada MYR atau ringgit kini telah mencecah 4 kali ganda. Maknanya jika blog anda menjana $100, apabila ditukarkan menjadi ringgit, jumlah pendapatan anda adalah RM400. WOW lumayannya Jom!! rebut peluang ini.

Google Adsense adalah medium iklan yang menggunakan kaedah pengiklanan pay-per klik (PPC). Maknaya anda akan mendapat bayaran bagi setiap klik untuk iklan Adsense di blog anda. Iklan ni merupakan salah satu program periklanan yang terkenal dan paling diigini oleh semua blogger. Jika Anda ingin memiliki satu blog yang mempunyai iklan Google Adsense, pastinya perlu mendaftar dahulu. Namun begitu, proses untuk mendapat kelulusan dari pihak Adsense bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu ada beberapa kriteria yang perlu dilakukan.

Berikut merupakan kriteria sebuah blog untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Adsense.

Umur blog penting!!

Umur blog memainkan peranan penting kerana Adsense lebih menyukai blog yang sudah matang ataupun telah lama dibangunakan. Jadi untuk diterima oleh adsense, blog anda perlu stabil dahulu. Anda perlukan masa untuk membuatkan orang ramai masuk ke blog anda. Bagi Adsense, blog yang berumur lebih daripada 3 bulan susah memadai untuk diterima namun jika di Malysia kebanyakkan blogger menyarankan untuk memasang iklan adsense setelah umur blog mencapai 6 bulan. Apabila blog anda genap 6 bula, terus apply google adsense.

Jangan plagiat post/artikel dari tempat lain (Copy & Paste)

Isi blog yang berkualiti merupakan faktor penting yang membolehkan blog anda diterima Adsense. Untuk membuat blog yang berkualiti, anda perlu menulis sendiri artikel menggunakan pengalaman yang ada. Artikel tersebut termasuklah yang mempunyai isi yang mampu menyelesaikan masalah orang (Tips), artikel yang ditulis rapi dengan perkataan yang murni. Artikel yang paling disukai orang ramai iailah artikel yang dilengkapi dengan 'support elements' seperti gambar, video, jadual dan label. Perkara yang perlu dititikberat untuk menghasilkan kandungan blog yang berkualiti adalah jangan mengambil isi blog orang atau bahasa mudahnya Copy & Paste. Perbuatan menyalin artikel blog orang akan mengakibatkan pihak Adsense menolak permintaan anda. Sesungguhnya pihak Adsense dapat mengesan jika sesuatu blog itu melakukan artikel copy & paste. Anda boleh mengambil beberapa artikel orang untuk dijadikan panduan namun jika anda blogger yang berhemah, sila sertakan sumber di artikel anda untuk menghormati hak cipta orang lain.

Trafic pengunjung blog

Setiap syarikat pengiklanan pastinya inginkan ramai orang melihat iklan yang disiakan oleh mereka. Jadi untuk menempatkan iklan di blog masing-masing, anda perlu menarik ramai orang masuk ke blog untuk membaca artikel dii samping klik pada iklan yang dipasang. Anda boleh menarik minat orang ramai mengunjungi blog anda melalui beberapa cara iaitu melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Orang ramai yang melayari media sosial akan masuk ke blog anda jika anda pandai mempromosikan blog anda dengan menarik. 

Cara lain untuk meningkatkan trafic log adalah melalui blog walking iaitu dengan meninggalkan jejak blog anda di bllog orang lain. Cara yang paling Adsense suka adalah blog yang pengunjungnya datang melalui mesin pengcarian seperti google dan yahoo. Sebuah blog yang baik adalah blog yang mempunyai lebih daripada 50% pengunjung datang dari mesin pencari.

Panjang kandungan blog dan bilangan post

Kandungan post dalam setiap blog tidak boleh terlalu pendek karana Google Adsense akan menilai pada isi blog untuk menempatkan iklannya. Menurut blogger yang berpengalaman setiap post mestilah mempunyai lebih daripada 300 patah perkataan malah seeloknya mempunyai juga post yang lebih daripada 100 patah perkataan. Selain itu, Google Adsense akan mudah menerima blog yang mempunyai banyak posting. Minimun bilangan post yang disarankan untuk apply adsense adalah 20-30 post yang berkualiti. Anda juga perlu update post pada setiap hari sekurang-kurangnya satu post sewaktu tempoh review dari pihak Adsense. Ini menandakan blog anda masih aktif.

Mempunyai halaman penting

Sebuah website yang berkualiti perlulah mempunyai perturan-peraturan yang disediakan untuk dipatuhi oleh pengunjung blog. Jadi sediakanlah beberapa ruangan atau post yang menerangkan peraturan, atau apa-apa keperluan lain. Biasanya setiap blog hanya mempunyai halaman seperti about us, disclaimer, term of services, privacy and policy serta contact us. Kegunaan halaman tersebut adalah untuk melindungi pengunjung blog daripada kerugian sewaktu melayari blog serta memudahkan pemilik blog dipertangungjawabkan jika berlaku sesuatu perkara. Google sangat mengambil berat tentang hal tersebut kerana mereka tentu saja tidak mahu bekerjasama dengan blog atau website yang tidak bertanggung jawab. Namun begitu bagi blogspot, halaman tersebut tidakkah menjadi keperluan sangat kerana blog masih di bawah kelolaan blogspot.

SEO blog perlu dibaiki

Optimalkan halaman web kecepatan beban, blog Anda

Anda harus optimunkan kepantasan blog supaya loading dengan cepat. Setiap blogger perlu mengetahui apa itu konsep SEO yang sangat bagus untuk blog. SEO adalah alasan di mana anda mampu mendapatkan pengunjung organik daripada mesin pencari seperti Google dan yahoo. SEO yang bagus bagi setiap blog akan memudahkan Adsense untuk diterima. SEO merupakan element penting yang dinilai untuk program pengiklanan blog serta memberi kesan kepada Pagerank dan Alexa Rank. Anda juga perlu tahu bagaimana menggunakan kata kunci SEO. 

Antara langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan SEO blog anda adalah seperti berikut.

Desig blog harus sederhana
Mempercepat load halaman
Lakukan backlink pada blog
Daftar blog dengan Google Webmaster Tool
Letak butang share sosial media (facebook, twitter dll)


0 Komentar untuk " Cara Supaya Blog Mudah Diterima Google Adsense. Tips Terbaru."

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info