Apa Itu Dropship? 5 Langkah Mudah Dalam Berdropshipping


Apa itu model bisnes dropshipping?

Jika anda masih tercari-cari apa perniagaan internet atau kerja sambilan di rumah yang boleh dibuat, anda boleh mencuba bisnes dropship. Bisnes yang semakin popular sejak berkembangnya internet dan sosial media.




Apa itu Dropship? Bisnes Dropship?

Drop + Ship. 

Dropship atau Dropshipping adalah satu model perniagaan di internet yang sama seperti perniagaan konvensional. Dalam perniagaan konvesional, ada pembekal/peniaga , pemborong (orang tengah),dan pembeli.

Dalam perniagaan dropship, ada pembekal, orang tengah dan juga pembeli. Anda adalah bertindak sebagai orang tengah di antara pembekal/peniaga dengan pembeli anda.

Anda adalah Agen dropship.

Tugas anda hanya perlu mempromosikan produk dropship tersebut dan menerima tempahan daripada pelanggan anda. Apabila anda telah menerima bayaran, anda hanya perlu menghubungi pembekal produk tersebut dan membuat bayaran kepada mereka pada harga borong.

Pembekal tersebut adalah pembekal dropship.

Segala urusan pembungkusan dan penghantaran dilakukan oleh pembekal.

Inilah maksud BISNES DROPSHIP.

Siapa yang boleh buat bisnes dropship?

Sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan sambilan atau sepenuh masa di Internet. Bisnes dropship boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Tidak perlu kedai atau pekerja.

Apa keuntungan bisnes dropship?

Sama seperti peniaga offline atau peniaga konvensional iaitu untung runcit hasil jualan produk dropship tersebut. Anda jual pada harga runcit dan anda bayar pembekal pada harga yang jauh lebih rendah (harga borong).

Contohnya, anda menjual beg kosmetik pada harga RM150 dan harga pembekal dropship hanya RM90, maka anda telah untung RM60. Ini contoh sahaja.

5 Langkah Dalam Model Dropship

Di bawah ini adalah 5 Langkah Dalam Konsep Dropship agar mudah difahami.

LANGKAH 1
Anda menghubungi pembekal dropship untuk produk yang ingin dijual.

LANGKAH 2
Anda mendapatkan gambar dan maklumat produk daripada pembekal untuk dipromosikan sama ada di Facebook,Whatsapp, kedai online atau blog anda.

LANGKAH 3
Anda menerima pembelian daripada pelanggan anda.

LANGKAH 4
Anda membuat pembayaran kepada pembekal dan memberikan maklumat alamat pelanggan kepada mereka.

LANGKAH 5
Pembekal dropship akan membuat pembungkusan dan penghantaran kepada pelanggan anda.




0 Komentar untuk " Apa Itu Dropship? 5 Langkah Mudah Dalam Berdropshipping"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info