Aceh Sahkan Hukuman Sebat Untuk Homoseks Dan Penzina

Dewan Perwakilan Rakyat Aceh @ DPRA akhirnya mengesahkan Rancangan Qanun Hukum Jinayat (jenayah) menjadi qanun yang mengatur hukuman bagi pesalah syariat Islam di Aceh, sebagaimana dilaporkan oleh Aceh Kita.


Pengesahan qanun tersebut melalui sidang penuh yang berlangsung hingga Sabtu (27/9/2014) pagi. Seluruh fraksi di DPRA (Fraksi Partai Aceh, Fraksi Partai Demokrat, Fraksi Partai Golkar, dan Fraksi Gabungan PKS-PPP). Akhirnya, Wakil Ketua DPRA Tanwir yang memimpin sidang mengetuk palu tanda disahkannya qanun tersebut.

"Apakah rancangan ini boleh diterima menjadi keputusan DPRA?" tanya Tanwir kepada 69 anggota DPRA yang hadir.

Para anggota dewan yang padat menyatakan setuju.

Gabenor Aceh Zaini Abdullah dan Ketua DPRA Hasbi Abdullah turut menghadiri sidang pengesahan Qanun Jinayat.

"Qanun jinayat adalah sebahagian dari pelaksanaan Syariat Islam di Aceh dan itu sudah banyak dinanti oleh warga Aceh yang ingin memohon secara keseluruhan," kata jurucakap Parti Aceh Muhammad Harun kepada AFP.

Siapa saja yang tertangkap melakukan hubungan seks sesama jenis akan dihukum dengan 100 kali sebatan, 100 bulan penjara atau denda 1,000 gram emas, menurut Akta baru tersebut.

Akta tersebut juga menetapkan bahawa pasangan yang belum berkahwin dan ditangkap berciuman boleh dihukum dengan 30 sebatan, denda 300 gram emas atau penjara sehingga 30 bulan.

Menurut kompas.com, Qanun Hukum Jinayat ini mengatur tentang pelbagai hukuman bagi kes-kes jenayah kriminal, seperti rogol, zina, gangguan seksual, rogol anak, seks, judi, mabuk-mabukan, dan hubungan sejenis (gay dan lesbian).

Hukuman sebatan yang bakal dikenakan bagi pesalah berbeza-beza, mulai dari 10 kali hingga 150 kali. Qanun ini juga berlaku bagi non-Muslim yang melanggar syariat Islam. Perkara ini diatur dalam Pasal 5 mata b dan c.

Ketua Suruhanjaya G DPR Aceh Ramli Sulaiman berkata, hukuman yang sudah ditetapkan tidak serta-merta boleh dijatuhkan terus kepada defendan, tetapi akan melalui proses-proses pemeriksaan, termasuk adanya saksi yang menguatkan terhadap pelaku kejahatan.

"Jadi, tidak ada yang perlu dirisaukan di sini kerana semua perbuatan kejahatan ini tidak ada yang diluluskan oleh agama mana pun," ujar Ramli Sulaiman. Begitu pula halnya dengan warga bukan Muslim yang ditangkap melakukan kejahatan.

Penguatkuasaan undang-undang Islam bagi non-Muslim ini diatur dalam Pasal 5 butir b dan c. Butir b berbunyi, "Setiap orang beragama bukan Islam yang melakukan jarimah (kejahatan) di Aceh bersama-sama dengan orang Islam dan memilih serta menundukkan diri secara sukarela pada hukum Jinayat."

Sementara itu, butir c berbunyi, "Setiap orang beragama bukan Islam yang melakukan perbuatan jarimah di Aceh yang tidak diatur dalam KUHP atau ketentuan pidana di luar KUHP, tetapi diatur dalam Qanun ini." 

"Ada toleransi di sini bagi penduduk Aceh yang bukan beragama Islam. Jika melanggar syariat, mereka boleh memilih undang-undang yang dikenakan, jadi tidak ada yang kebal undang-undang di sini," ujar Ramli Sulaiman.



0 Komentar untuk " Aceh Sahkan Hukuman Sebat Untuk Homoseks Dan Penzina"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info