6 Penuntut UPNM Didakwa Bunuh Zulfarhan Berdepan Hukuman Mati



Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut universiti, Zulfarhan Osman Zulkarnain Mei lalu.

Manakala seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa berusia 21 itu juga merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu.

Lima tertuduh berkenaan adalah Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa bersubahat.

Semua tertuduh yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Tertuduh, Mohd Akmal, Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin, didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Abdoul Hakeem didakwa bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat dan pada masa yang sama.




Baca Juga:







0 Komentar untuk "6 Penuntut UPNM Didakwa Bunuh Zulfarhan Berdepan Hukuman Mati"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info