6 Jenis Iklan Boleh Buat Duit Melalui Blog. Jom Kita Kayakan Diri


Salam kepada semua blogger yang singgah ke blog saya ini. Hari ini saya ingin menerangkan sedikit ilmu tentang mencari duit secara online ataupun melalui medium blog/website. Tahukah anda semua lita mampu membuat income yang lumayan melalui blog tanpa perlu melabur satu sen pun duit kita. 

Camna tu? 

Ada pelbagai cara pengiklanan yang ditawarkan kepada blogger-blogger untuk generate income. Tetapi sebelum itu, kita perlu pastikan blog kita mempunyai trafic yang tinggi atau bahasa mudahnya ramai orang melawat blog kita. 

Dengan cara ini kita mampu mendapat bayaran yang tinggi daripada agen pengiklanan kerana mereka mahu ramai orang melihat iklan yang disediakan oleh mereka. Sebab itu kalau kita lihat kepada blogger yang popular mampu mendapat bayaran yang tinggi hingga mencecah ribuaan ringgit hanya dengan berblogging. Berikut merupakan 5 jenis iklan yang popular untuk membuat duit melalui blog.

Pay per click (PPC)

Iklan PPC (Pay Per Click) ini merupakan iklan yang paling popular dan mudah dijumpai pada sebuah blog. Syarikat pengiklanan akan membayar kepaa pemilik blog atau website di saat ada pengunjung blog yang melakukan klik pada iklan yang ditampilkan. Jadi untuk meningkatkan bilangan klik pada iklan tersebut, blogger harus melakukan beberapa perkara.

Biasanya blogger akan cuba dengan meletakkan slot iklan pada lokasi yang paling strategik iaitu di tempat yang menjadi tumpuan pengunjung seperti di tengan post blog. Jika pelayar menggunakan mobile, kebarangkalian untuk terklik pada iklan adalah tinggi. 

Contoh syarikat pengiklan jenis PPC ini adalah Google Adsense, Nuffnang, Innity dan lain sebagainya.
 
Antara semua jenis PPC tersebut, Google Adsense mempunyai tarif iklan yang sangat lumayan. Namun untuk diterima pihak Google Adsense dan menampilkan iklannya pada blog kita, perlu melepasi beberapa syarat yang sangat ketat. Innity juga memberikan pendapatan yang tinggi namun syarat paling utama, blog tersebut perlu mempunyai pageviews minimun 200,000 setiap bulan.

20 sen per klik

Iklan jenis ini sebenarnya sama sahaja dengan PPC, namun nilai setiap klik iklan itu telah ditetapkan. Di Malaysia, syarikat yang paling popular yang menawarkan iklan jenis ini adalah 8share dan Churpchurp. 

Kedua-dua iklan ini akan memberi ganjaran sebanyak 20sen bagi setiap klik. 8share melimitkan setiap Special (jenis2 iklan) kepada RM10 untuk setiap orang dan tidak bagi churpchurp. 

Kebiasaannya orang kongsikan iklan ini di laman sosial dan menyuruh kawan-kawan klik. Apabila anda kongsi Special, ini bermaksud anda telah membantu Advertiser mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dan dalam masa yang sama juga anda turut berkongsi maklumat tersebut bersama rakan rakan atau keluarga anda. 

8share memerlukan anda mempunyai RM50 di dalam baki simpanan untuk ditebus manakala churpchurp pula RM100.

Affiliate

Salah satu jenis iklan yang turut popular adalah iklan jenis affiliasi. Iklan ini hampir menyerupai dengan iklan Cost Per Action (CPA) dimana ganjaran akan diterima apabila terdapat pengunjung yang melakukan transaksi pembelian melalui link affiliasi dari blog kita. 

Pembayaran biasanya adalah dengan menggunakan sistem komisyen dari hasil penjualan iaitu blogger akan mendapat beberapa peratus keuntunggan daripada hasil jualan tersebut.

Kebanyakan pengiklan sangat menyukai iklan ini kerana mereka tidak mudah rugi dan lebih efisyen. Beberapa iklan jenis affiliasi adalah Amazon, Lazada, Zalora, dan lain-lain.

Shrink link / pendekkan url

salah satu kaedah untuk anda dapat duit adalah dengan Shorten Links iaitu dengan memendekkan link yang pada asalnya sangat panjang. Link yang panjang itu akan menjadi pendek dan mudah anda untuk kongsikan di laman sosial popular seperti Facebook dan Twitter. 

Anda akan mendapat ganjaran apabila ada orang klik link tersebut. Namun begitu orang perlu menekan tombol skip ads dahulu di link tersebut untuk ke halaman sebenar. Selepas itu barulah anda akan mendapat ganjaran. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan memendekkan link ni. 

Antara yang paling popular adalah Adf.ly. 

Syarikat lain adalah seperti Linkbucks, Adfoc.us, Shorte.st. Malaysia juga mempunyai syarikat yang menawarkan ikalan seperti ini iaitu Lynk.my. Anda akan mendapat wang dalam nilai ringgit dan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Berikut merupakan nilai ganjaran yang akan diperolehi mengikut syarikat.


Pop up

Salah satu medium pengiklanan yang biasa diguna oleh blogger adalah iklan pop-ups. Jika anda selalu surfing internet dan masuk ke banyak website, maka sudah pasti anda akan melihat iklan pop-ups. Kebanyakan advertiser menggunakan pop-ups untuk mempromosikan produk mereka. pop-ups ads adalah iklan yang secara tiba-tiba akan muncul sewaktu anda membuka sebuah website dan melakukan klik di mana -mana bahagian. 

Iklan jenis ini biasanya sangat tidak disukai oleh pelayar internet kerana ia menyukarkan mereka melayar sesuatu blog. Mereka perlu mengklik dan menutup iklan tersebut setiap kali iklan tersebut muncul. Pemilik blog akan mendapat ganjaran setiap kali iklan itu muncul dan bayaran adalah berbeza mengikut syarikat. 

Antara iklan Pop-up yang popular dalam kalangan blogger adalah Popads.net dan Mobicow.

Iklan Sponsor

Akhir sekali, iklan yang paling mudah untuk dilakukan oleh blogger ialah Iklan Sponsor (iklan yang ditaja). Iklan ini palingdisukai oleh blogger kerna pihak pengiklan akan membayar dan tidak menuntut sebarang syarat selain slot iklan pada blog atau website kita. 

Namun untuk menarik minat pihak iklan, blogger perlu bersungguh-sungguh membangunkan blog yang berkualiti. Sudah semestinya pihak pengiklan akan mencari blog yang sudah mempunyai viewer ynag ramai untuk mengelakkan kerugian.

Cara untuk menjalankan iklan ini adalah sangat mudah, blogger hanya perlu menyediakan banner untuk di sewa oleh pihak pengiklan. 

Terdapat pelbagai saiz banner yang boleh diletakkan di sekitar blog, namun pada umumnya adalah 125 x 125, 300 x 250 untuk sidebar dan 720 x 90 untuk header. Harga sewa biasanya mengikut saiz dan jangka masa iklan ditayangkan. Semua peraturan berkaitan iklan tersebut boleh dibincangkan dengan pihak pengiklan. 

Harga sewaan iklan pada blog lebih bergantung kepada tingginya trafik, ranking blog ataupun kualiti post blog kita. Jadi jika ingin meningkatkan harga sewaan slot iklan tersebut, perkara tersebut harus dititikberatkan.



0 Komentar untuk " 6 Jenis Iklan Boleh Buat Duit Melalui Blog. Jom Kita Kayakan Diri"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info