Tomok Hadiahkan Arian Ayam Golek Sempena Hari Lahir



Penyanyi Tomok telah menghadiahkan anaknya, Arian Shah Akid seekor ayam golek sempena hari lahirnya yang kelima, pada 25 Mei 2017 yang lalu.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 32, memberitahu anaknya itu memang gemar memakan ayam sejak kecil lagi.

"Ayam merupakan menu wajib untuk Arian setiap kali menjamu selera.

"Sebagai bapa saya akan cuba penuhi keinginan Aryan tetapi bukan setiap hari saya bagi dia ayam sebab perlu ada kelainan dalam menu makanannya setiap hari.

"Jadi hari ini, sudah alang-alang saya berada di bazar ramadan bersama Sajian Hati Digi, saya ingin membuat kelainan dengan membelikan ayam golek sempena hari lahirnya bukan kek seperti kebiasaan.

"Terima kasih Sajian Hati Digi kerana memberi peluang untuk saya membeli makanan kepada Arian sempena hari istimewanya hari ini," katanya.


0 Komentar untuk " Tomok Hadiahkan Arian Ayam Golek Sempena Hari Lahir"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info