Sebab Lapar, Bayi Dicampak Dalam Api Dapur



Seorang ayah sepatutnya menjadi pelindung keluarga lebih-lebih lagi menjadi pelindung untuk anak-anaknya. Tetapi, seorang lelaki di Jakarta, Indonesia tergamak mencampak anaknya ke dalam bara api dapur rumahnya hanya kerana isterinya tidak sempat memasak.


Lelaki tersebut dikenali sebagai Taruna, 23, mencampakkan bayi tidak bersalah itu hingga jatuh di bara api dapur, lapor Tribun News. Yeni Maryani, 20, ibu kepada bayi tersebut segera mengambil anaknya kemudian lari meminta tolong jiran sementara suaminya melarikan diri.


Yeni bernasib baik kerana jirannya mendengar jeritannya. Ketika kejadian, Yeni sedang mendukung bayi berusia sebulan lebih itu sebelum Taruna mengamuk dan mencampak anak mereka ke dalam api dapur.


Taruna kemudian ditangkap orang ramai setelah cubaan melarikan diri gagal. Dia dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Nasib bayi itu baik kerana hanya mengalami cedera ringan dan lebam di kepala.



0 Komentar untuk " Sebab Lapar, Bayi Dicampak Dalam Api Dapur"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info