Netizen Puji Semangat Kanak-kanak OKU Berniaga Di Bazar Ramadan




Seorang kanak-kanak OKU (Orang Kelainan Upaya) mendapat perhatian ramai apabila seorang pemuda berkongsi kisah tentangnya di Facebook (FB) semalam.

Berdasarkan perkongsian di FB Awani Bin Pahang, dia telah terjumpa dengan seorang kanak-kanak yang bernama Azami Nur Ikhwan di sekitar bazar Ramadan Stadium Darul Makmur.

Apa yang menarik perhatian, adik Azami dilihat amat bersungguh dan gigih untuk mencari rezeki di bulan Ramadan.

Walaupun serba kekurangan, dia tidak menggunakan jalan mudah mendapatkan wang dengan cara meminta sedekah, sebaliknya berusaha untuk mencari rezeki dengan berniaga.

Rata-rata netizen yang membaca kisah adik Azami memuji sikap rajinnya untuk mencari rezeki.

Selain itu, ada segelintir pengguna FB yang mengenali Azami menyatakan bahawa dia datang daripada keluarga yang serba kekurangan.

Ayahnya bekerja sebagai seorang pemotong rumput manakala ibunya tidak bekerja.

Adik Azami dan ibunya menjual mercun ’Pop Pop’ dengan harga RM2 sekotak.

Setelah kisah adik Azami tular di FB, rata-rata netizen berharap bahawa sesiapa yang berada di kawasan berdekatan agar memberi sokongan dengan membeli barang yang dijualnya.

Dengan cara itu, mereka berharap dapat meringankan beban yang ditanggung Azami sekeluarga.


Kredit FB : Awani Bin Pahang




0 Komentar untuk " Netizen Puji Semangat Kanak-kanak OKU Berniaga Di Bazar Ramadan"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info