Minum Banyak Teh O Ais Mudaratkan Kesihatan?


Cuaca yang tak menentu menyebabkan kita mudah terhidrasi. Meminum air yang banyak sangat disarankan demi memastikan tubuh kita tidak mengalami masalah atau cepat pengsan.

Mengambil minuman manis berais seperti teh O sangat menyegarkan ketika cuaca sebegini. Mudah dan senang dibuat, ia sering menjadi pilihan pelanggan tak kira di mana-mana kedai makan terutamanya mamak.

Namun, tahukah anda meminum teh O ais terlalu banyak boleh memudaratkan kesihatan? Mungkin agak mengecewakan bagi sesetengah peminat tegar teh O ais namun inilah yang terjadi di Amerika Syarikat.


Lelaki berumur 56 tahun dari Arkansas, Amerika Syarikat disahkan mengalami kegagalan buah pinggang berpunca dari tabiatnya yang suka minum teh O ais.

Dr. Umbar Ghaffar dari University of Arkansas berkata, teh O ais yang sering diminumnya mempunyai teh hitam, salah satu elemen utama yang mengandungi banyak kandungan garam asid.


Garam asid ataupun istilah sainsnya oksalat ini yang sering dikaitkan dengan masalah buah pinggang. Selain itu, oksalat dikatakan turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan gandum.


Lelaki malang tersebut dikatakan minum lebih empat liter teh O ais setiap hari. Selepas dimasukkan ke hospital, hasil pemeriksaan hospital mendapati air kecingnya dipenuhi gentian kristal kalsium oksalat.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari.

Jadi, berhati-hatilah dalam mengambil minuman seharian anda. Banyakkan minum air masak jika cuaca panas dan cuba elakkan air minuman manis atau bergas.



0 Komentar untuk "Minum Banyak Teh O Ais Mudaratkan Kesihatan?"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info