Jangan Berani Naikkan Harga Biskut Raya


Bersempena Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memberi peringatan supaya tiada peniaga yang menaikkan harga biskut raya pada tahun ini.

Menurut menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pihaknya akan melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara berkala dan mengambil tindakan sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga dari kebiasaannya.


Oleh kerana itu, skim kawalan 10 barangan yang diilhamkan oleh rakyat dan beberapa NGO telah diperkenalkan pada tahun ini.

“Sebab itu, kita melancarkan lebih awal 10 barang kawalan dalam Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 bagi membantu pengguna dan juga peniaga yang membuat kuih dan biskut raya untuk menstabilkan harga kuih-kuih yang mereka buat nanti,” ujarnya.

Antara barangan yang tergolong dalam skim kawalan itu adalah kacang tanah, kacang hijau, telur ayam gred A,B, C, kelapa parut, kelapa biji, gula pasir, gula halus serta tepung gandum.


Hamzah turut menegaskan bahawa para peniaga yang ingkar akan dikenakan tindakan undang-undang dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Walaupun masih belum menerima sebarang laporan berkenaan kenaikan harga biskut raya, tetapi KPDNKK telah bersedia dengan skim kawalan harga pada awal Ramadan ini.


0 Komentar untuk "Jangan Berani Naikkan Harga Biskut Raya"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info