Ini Sebab Roti Canai Jang Hobin Berharga 50 Sen



Atas sebab skuad bola sepak Jang berjaya mara ke separuh akhir Piala FA 2017, seorang peniaga mengambil kesempatan menjual roti canai buatannya dengan hanya harga 50 sen.

Roti canai berwarna warni mengikut warna bendera Negeri Sembilan itu dikenali sebagai ‘roti canai Jang Hobin’ dijual di restoran CR Khan Enterprise, Bandar Seri Jempol.

Pemiliknya, Salinah Asarullah Khan 34 berkata dia mendapat idea tersebut selepas menonton pelawanan bola sepak tersebut dan dia menyediakan 100 keping roti canai yang dijual bermula jam 10 pagi semalam.

“Pada awalnya terdetik, jika pasukan Jang dapat mara ke peringkat separuh akhir, saya akan tawarkan roti canai separuh harga dari RM1 kepada 50 sen dengan bertemakan warna bendera Negeri Sembilan. Usaha ini juga sebagai memberi sokongan terhadap pasukan ini supaya mereka lebih bersemangat untuk terus mencatat kemenangan sehingga akhir perlawanan.”


Salinah turut berjanji jika pasukan Jang berjaya ke peringkat akhir, restorannya akan menyediakan 100 keping roti canai Jang Hobin secara percuma.

Dia yang merupakan anak sulung telah mengambil alih perniagaan keluarganya itu sejak setahun yang lalu dan masih mengekalkan resepi pembuatan roti canai yang sama seperti sebelumnya.



0 Komentar untuk "Ini Sebab Roti Canai Jang Hobin Berharga 50 Sen"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info