Ini Respon Along Raja Lawak Apabila Isteri Dikatakan Ditangkap Khalwat



Peserta Maharaja Lawak Mega dari kumpulan Cham iaitu Along sekali terpalit kontroversi apabila dikatakan isterinya, Zila merupakan penyanyi yang ditangkap khlawat awal pagi tadi.

Namun pelakon ini mengambil pendekatan mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas mengenai kes isterinya itu sebaliknya hanya berdiam diri tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Along hanya menjawab “maaf, saya tidak mahu komen” ketika dihubungi oleh portal Astro Gempak menerusi aplikasi Whatsapp.

Akhbar Harian Metro ada melaporkan seorang penyanyi berumur 28 tahun telah dicekup di apartmen teman lelakinya di Bukit Jalil awal pagi semalam.

Siasatan kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk pengetahuan, Along dan Zila sedang mengalami masalah rumahtangga dan kini di dalam proses penceraian. Mereka pernah berbalas kenyataan melalui media apabila Zila mula membuka cerita tentang perpisahan mereka. Apapun, semoga semuanya selesai dengan cara baik
0 Komentar untuk "Ini Respon Along Raja Lawak Apabila Isteri Dikatakan Ditangkap Khalwat"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info