Ini Fungsi Ikan Talapia Kepada Mangsa Terbakar Teruk



Tahukah anda, ikan talapia bukan sahaja boleh dimakan malah kulitnya juga boleh menyembuhkan kesan terbakar pada badan manusia dalam masa yang singkat? Doktor pakar di Brazil mengesahkan bahawa kesan terbakar cepat pulih dari biasa jika menggunakan kulit ikan talapia.


Kulit ikan talapia mampu merawat luka terbakar dan mempercepatkan tempoh penyembuhan dalam masa beberapa hari.

Kolagen yang ada di dalam kulit ikan itu mampu merawat mangsa terbakar serta kulitnya memberi kelembapan dan lebih tegang berbanding kulit manusia.


Malah, penggunaan kulit ikan talapia juga mengurangkan kesakitan dihadapi pesakit semasa dalam proses pemulihan kulit. Ia juga tidak perlu ditukar selalu melainkan pesakit mengalami kesan terbakar tahap 2 yang teruk.


Penemuan kaedah terbaru ini juga menyelesaikan masalah lebihan ikan talapia di negara itu kerana penduduknya menganggap ikan itu sebagai sampah.

Kini, doktor dan penyelidik Brazil mempunyai bekalan ikan talapia yang banyak untuk merawat pesakit serta untuk penyelidikan lebih mendalam mengenai kelebihan ikan talapia.


0 Komentar untuk " Ini Fungsi Ikan Talapia Kepada Mangsa Terbakar Teruk"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info