Ibu Pijak Anak Kerana Ludah Sosej


Terdesak dengan kemiskinan dan kesusahan yang dialaminya, seorang wanita di China telah memijak anaknya hanya kerana anaknya meludahkan sosej yang dibeli dengan baki duit yang dia ada untuk hari tersebut.

Huang Xiao Xiao, 36, berasa kecewa selepas gagal mendapatkan pekerjaan walaupun telah berusaha dan dengan baki duit yang ada sebanyak 20 yuan (RM12), dia membelikan anaknya sosej.

Namun begitu kerana panas dan tidak sukakan rasa sosej tersebut, anak perempuannya, 2, meludahkan sosej tersebut ke atas jalan raya.

Huang yang hilang pertimbangan telah menolak anaknya sehingga jatuh dan memijak anak kecil tersebut.

Mereka berdua telah tinggal di tepi jalan setelah Huang berpindah dari rumah ibu bapanya dan banyak majikan tidak memberikannya kerja kerana terpaksa menjaga anaknya.


Aksi Huang itu telah dirakamkan oleh orang ramai dan menyebarkannya ke laman sosial media di China dan ekoran daripada itu, bekas suaminya akan memohon hak penjagaan anak perempuan tersebut.

Dalam masa yang sama Huang sebenarnya sayang akan anaknya sehingga sanggup berkorban dan mendahulukan anaknya ketika hendak makan.



0 Komentar untuk " Ibu Pijak Anak Kerana Ludah Sosej"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info