Gal Gadot Orang Yahudi, Lubnan Mahu Bantah Tayangan Filem Wonder Woman



Belum pun sempat filem Wonder Woman ditayangkan, satu kempen bantahan telah dilancarkan oleh sekumpulan individu di Lubnan.

Hal itu disebabkan ketegangan politik yang berlaku antara negara Lubnan dan Israel sejak beberapa dekad lalu.

Ekoran ketegangan berlaku, semua produk dari negara Israel diharamkan memasuki Lubnan termasuk aktiviti pelancongan.

Berhubung kait daripada perkara itu, pelakon utama filem Wonder Woman, Gal Gadot pula berasal dari negara sekutu, Israel.

Difahamkan Gal Gadot pernah menyertai angkatan tentera Israel selama dua tahun sebelum memulakan kerjaya sebagai pelakon.

Terdahulu, Gal Gadot pernah membintangi beberapa filem Hollywood termasuk Batman v. Superman.


Bagaimanapun, tiada sebarang langkah diambil oleh pihak berkuasa sehingga kini memandangkan langkah pengharaman filem itu memerlukan persetujuan sekurang-kurangnya enam ahli jawatankuasa Kementerian Ekonomi Lubnan.

Tayangan perdana filem Wonder Woman di Lubnan dijadualkan bermula pada Rabu di salah satu pawagam di bandar Beirut.

Malah, poster dan promosi filem itu sedang giat dilaksanakan di ibu kota negara tersebut.

Di sebalik kontroversi di Lebanon, filem Wonder Woman dijadualkan tayangannya di pawagam di Emriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Kuwait pada Khamis ini.







0 Komentar untuk " Gal Gadot Orang Yahudi, Lubnan Mahu Bantah Tayangan Filem Wonder Woman"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info