Fazura & Fattah Banyak Bantu Saya - Fikry Ibrahim



Bekas bintang Lawak Solo, Fikry Ibrahim mengakui pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura banyak membantunya dalam bidang lakonan.

Menjayakan watak Farizzam dalam Hero Seorang Cinderella, drama bersiri tersebut merupakan buah tangan pertama Fikry dalam bidang lakonan.

"Saya tak pernah berlakon drama bersiri sebelum ini. Saya akui, saya rasa sedikit gementar untuk beraksi di hadapan kamera.

"Namun begitu, pelakon-pelakon senior lain seperti Fazura, Fattah dan ramai lagi banyak membantu saya dalam menjayakan karakter. Pengarah juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya," kata Fikry kepada.
Pertama kali meyambut kedatangan Ramadan sebagai seorang selebriti, Fikry mahu menyelesaikan kerja yang diberikan dengan sebaiknya.

"Walaupun berpuasa, penggambaran Hero Seorang Cinderella masih lagi berjalan. Ini merupakan pengalaman pertama saya berpuasa sebagai selebriti.

"Tahun ini juga menjadi tahun pertama saya berpuasa sambil bekerja. Walaupun sedikit penat, saya memanfaatkan peluang yang diberikan. Saya mahu fokus agar apa yang saya lakonkan dapat diterima penonton," katanya lagi.

Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella yang bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.


0 Komentar untuk " Fazura & Fattah Banyak Bantu Saya - Fikry Ibrahim"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info