Bayi 8 Bulan Miliki Berat 17 Kilogram?


Anak merupakan penyeri bagi sebuah rumahtangga. Mendengar keletah dan melayani kerenahnya membuatkan hati ibu dan bapa menjadi sejuk dan terhibur, apatah lagi setelah penat bekerja seharian di tempat kerja.

Memiliki bayi yang sihat dan normal merupakan suatu anugerah bagi ibu bapa. Namun tidak bagi pasangan di India ini.

Bayi perempuan mereka yang hanya berusia 8 bulan kini mencapai berat 17kg. Biar betul? Berat ini adalah sama dengan berat normal kanak-kanak berusia 4 tahun.


Doktor yang memeriksa kanak-kanak bernama Chahat Kumar itu keliru dengan selera makannya dan dia kadangkala sukar bernafas dan sering tidur akibat berat badannya yang berlebihan.

Chahat Kumar dilaporkan makan seperti kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan mula mengalami lebihan berat badan melampau ketika usianya mencapai empat bulan. Namun ketika dia dilahirkan, berat badannya adalah normal.


Suraj Kumar, bapa kepada Chahat berkata ini bukanlah silap mereka. Tuhan yang memberikan keadaannya seperti itu. Kuasa bukanlah ditangannya. Dia juga merasa sedih apabila ada yang mentertawakan anaknya kerana gemuk.

Pasangan ini pernah kehilangan anak pertama mereka sebelum Chahat dilahirkan. Malah ibunya Reena risau akan kesihatan anak perempuannya itu yang sentiasa mahu makan. Jika tidak diberikan, dia akan menangis.


Kegemukan yang dialami kanak-kanak itu menyukarkan doktor untuk mengambil sampel darah untuk menjalankan ujian. Hal ini kerana lemak di badan Chahat yang tebal dan banyak menyebabkan ujian darah tidak dapat dilakukan dengan sempurna.



0 Komentar untuk "Bayi 8 Bulan Miliki Berat 17 Kilogram?"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info