9 Bandar Termurah Di Eropah Untuk Didiami



Seringkali kita menganggap mereka yang tinggal di Eropah mempunyai status hidup dan kos hidup yang tinggi. Namun di Eropah terdapat beberapa bandar yang dikategorikan mempunyai kos hidup yang murah.

Kami kongsikan 9 bandar termurah di Eropah yang disenaraikan oleh World Economic Forum.

1. Tartu


Bandar kedua terbesar di Estonia dan mempunyai kecantikannya tersendiri. Bandar ini juga dikategorikan sebagai bandar intelektual kerana mempunyai universiti tertua iaitu Universiti Tartu.

2. Porto


Merupakan bandar kedua terbesar di Portugal ini dikatakan 70 peratus lebih murah daripada Bandaraya New York daripada segi sewa rumah dan makanan seharian.

3. Thessaloniki


Berhampiran dengan laut dan merupakan hab pengangkutan utama bagi Greece, menjadikan bandar ini menyediakan banyak peluang pekerjaan. Tarikan utama bagi pelancong adalah melawat pelbagai muzium dan tempat-tempat bersejarah yang ada di bandar ini.

4. Tallinn


Kos hidup di bandar ini dikatakan tersangat rendah dan mempunyai kestabilan dari aspek politik dan kewangan serta mempunyai peningkatan gaji yang konsisten.

5. Athens


Bandar ini mungkin dipenuhi dengan masalah pengangguran dan perlarian daripada negara lain. Namun sekiranya anda mempunyai pekerjaan di bandar ini pasti gaji anda lebih dari cukup untuk tinggal di sana.

6. Lisbon


Menurut Glassdoor purata gaji minimun di Portugal adalah sekitar € 15,500 (£ 12,210, $ 17,641) setahun namun kos sara hidup yang rendah akan menyelamatkan poket mereka yang tinggal di sini.

7. Barcelona


Bandar ketujuh yang paling popular di kesatuan Eropah turut menarik ramai golongan professional dan pelancong daripada seluruh dunia, namun begitu kos hidup di bandar ini masih lagi rendah dengan gaji seseorang.

8. Graz


Bandar ini merupakan bandar kedua terbesar di Austria dan lebih dikenali sebagai bandar universiti kerana sewa, makanan dan kos utiliti termudah di Austria.

9. Marseille


Bandar yang berdekatan dengan pantai merupakan bandar termurah untuk tinggal di Perancis. Akan tetapi kerana kos yang tinggi bagi kos hidup seperti sewa dan perumahan menjadikan bandar ini terletak paling bawah.


0 Komentar untuk "9 Bandar Termurah Di Eropah Untuk Didiami"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info